Friday, April 8, 2011

المصادر والمراجع

Bagi pelajar yang ingin ilmu lebih mendalam mengenai tajuk. Boleh mentelaah buku yang muallimah sertakan di atas. Sebarkan ilmu walau sepotong ayat~~~syukran.

Thursday, April 7, 2011

ٍالأسئلة عن الالتفات

Baiklah pelajar, setelah kita memahami mengenai tajuk. Muallimah nak uji IQ pelajar sekalian. Pelajar wajib jawab soalan ini dan hantar jawapan kepada muallimah sebelum  1 Mei 2011. Siapa yang paling cepat dan betul jawapannya akan mendapat hadiah:)..

Hasil Pembelajaran

Setelah lengkap pengajaran muallimah semua, jadi inilah yang muallimah harapkan kepada pelajar semua. Semoga tercapai apa yang muallimah target. InsyaAllah.

Rancangan Pengajaran Harian 2

Muallimah akan mengajar tajuk ini setelah pelajar semua memahami konsep Iltifat. Bagi pelajar muallimah yang masih kabur dan blur boleh bertemu dengan muallimah ye:).. 

Rancangan Pengajaran Harian

Baiklah pelajar-pelajar muallimah yang dikasihani sekalian. Muallimah akan tunjukkan pelan pengajaran pada semua.

Wednesday, April 6, 2011

Secebis ilmu dikongsi bersama

Baiklah pelajar sekalian, muallimah cuba merungkapkan dengan lebih jelas lagi mengenai iltifat ini. Tentu masih ada yang pening-pening tanda ketidakfahaman terhadap tajuk. Mari sama-sama kia terokai ilmu yang sungguh indah dan unik ini.


Ibn al-Atsir dalam penulisannya dalam buku Kanz al-Balaghah,  iltifat disebut syaja’ah al-‘Arabiyyah  (  شجاعة العربية) iaitu keberanian bahasa Arab. Dengan sifat keberanian tersebut, maka bahasa Arab menjadi maju, seperti halnya seorang perwira yang dapat menunggangi sesuatu sedangkan orang lain tidak mampu menungganginya, dan mendapatkankan sesuatu yang orang lain tidak mampu mendapatkannya. Gaya bahasa iltifat memiliki nilai sastera yang tinggi dan digemari oleh para pujangga Arab klasik seperti Umru al-Qais yang telah beriltifat dengan tiga jenis iltifat dalam tiga bait syairnya. Dia memulai dengan khithab, kemudian ber-iltifat ke ghaib, lalu ber-iltifat kepada mutakallim.


Para ulama menyebut iltifat sebagai salah satu dari kelompok gaya bahasa "yang bukan pada tempatnya" (khuruj 'an muqtadha al-zhahir).


 contoh:


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Zumar: 53).


Cuba perhatikan, pada ayat ini dimulakan dengan "seruan" dari pihak pertama iaitu (Allah swt) kepada hamba-hamba-Nya:

Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah!

Lalu tanpa pengalihan perkataan seterusnya terus ditujukan pada orang ketiga pula:

"Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Menurut kefahaman saya, seharusnya ayat tersebut berbunyi sebegini:

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat-Ku, sesungguhnya Aku mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Aku-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Inilah yang dimaksud dengan pengalihan atau "iltifat" itu. Tentunya pembaca ayat tadi akan berpihak pada pilihan yang terakhir, tapi ternyata ayat di atas bertukar-tukar dari kata ganti orang pertama kepada ganti diri kedua atau ketiga.

Membicarakan iltifat memang menarik, kerana uniknya al-Quran memindahkan satu kata ganti diri ke ganti diri lain di dalam al-Quran. Inilah kalimah ciptaan Allah agar manusia sentiasa berfikir, merenungi ayat-Nya, menghayati kalam-Nya, dan mengamalkan titah-Nya.




Contoh pembahagian iltifat:





Iltifat dari Kataganti Orang Pertama kepada Kataganti Orang Kedua

Al-Quran menceritakan keluh kesah orang Kafir dalam firman-Nya:

Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang Telah menciptakanku? Dan hanya kepada-Nya-lah kalian (semua) akan dikembalikan. (Yaasin: 22).

Iltifat dari Orang Pertama kepada Orang Ketiga

Allah swt berfirman:

Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat Karena Tuhanmu; dan berkorbanlah (Al-Kautsar: 1-2).

Iltifat dari Orang Kedua pada Orang Pertama.


Contohnya seperti syair Alqamah ibn Abduh:

Membinasakan diri sendiri jika kau berhasrat mencari gadis cantik itu padahal kamu beruban dan tidak muda lagi.
Aku dibebani Laila padahal sangat jauh jaraknya, terlalu lama waktunya, juga begitu hebat penghalang antara kita.


Iltifat dari Orang Kedua pada Orang Ketiga.


contoh:

"Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. ( Ali Imran: 9).


Iltifat dari Orang Ketiga pada Orang Pertama.

Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al-Isra: 1).


Iltifat dari Orang Ketiga pada Orang Kedua.

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): janganlah kamu menyembah selain Allah... (Al-Baqarah: 83).